07 December 2012

Cuti Sekolah

Cerita Lawak Cuti Sekolah
Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....



Cerita Lawak @Ceritalawakje.blogspot.com

06 November 2012

Pak Pandir ke Kebun


Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"
Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".


Cerita Lawak @Ceritalawakje.blogspot.com  

16 October 2012

Sir Ian McKellen Mistaken as A Beggar


Sir Ian McKellen is a great actor. We knew him for his character plays as Gandalf in Lord of The Rings and The Hobbit trilogys. Magneto in X-Men franchise. Maybe because he's too good as an actor, even when he take a break from a rehearsal, people mistaken him for a true beggar.

This happened when he step outside theater for a break after rehearsing for Waiting for Godot act. He dressed like a tramp and sat on a bench. When he opened his hat, a passer-by gave him an Australian dollar.


This 70-year-old actor said in his tweeter: "During the dress rehearsal of Godot, I crouched by the stage door of the Comedy Theater, getting some air, my bowler hat at my feet (and) seeing an unkempt old man down on his luck, a passer-by said, 'Need some help, brother?' and put a dollar in my hat."





Source: Daily Mail
@Ceritalawakje.blogspot.com

09 October 2012

Pemandu dan Profesor


Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yg bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yg tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya".

Dengan bangga si profesor yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.



Tag:Cerita lawak pendek,cerita lucu,cerita lawak jenaka,cerita kelakar,Koleksi Cerita Lawak Pendek,lawak jenaka,Cerita lawak antarabangsa,Cerita lawak giler,Jokes,Funny @Ceritalawakje.blogspot.com

08 September 2012

Yang Mana Satu?

Tom sedang membaca surat, kelihatan murung...

Harry : Berita buruk?

Tom : Seorang lelaki menulis surat ini dan berkata kalau saya tak jauhkan diri dari isterinya, dia akan potong telinga saya...

Harry : Jadi lebih baik awak jauhkan diri dari isterinya...

Tom : Tetapi isterinya yang mana satu? orang yang menulis surat ini ialah "anonymous"



@Ceritalawakje.blogspot.com

14 August 2012

Makan Semut


Ketika memeriksa seorang pesakit, Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor : Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah: Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor : Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!


@Ceritalawakje.blogspot.com

30 July 2012

Berita buruk


Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah... benar ke doktor?
Dokter: Ya benar.
Pesakit: Apakah berita yang paling buruk?
Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk mengkhabarkan berita ini......

@Ceritalawakje.blogspot.com

14 June 2012

Belimbing


Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."


Moralnya: Jangan suka mencabar tanpa usul periksa..
@Ceritalawakje.blogspot.com

20 May 2012

Kisah Ngeri


Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang.. kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la..

Kawan aku nama dia Mail.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la. Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.
So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam
ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Mail nie.. so dalam keadaan seram sejuk Mail nie
terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Mail nie so si Mail nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga
lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Mail cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".

@Ceritalawakje.blogspot.com

19 May 2012

Belajar Bahasa Inggeris



Miss Lina seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu : OK boy, did you get the words?

Budak : Yes, teacher.

Cikgu : Good, what is your first word?

Budak : Shut up you !!!

Cikgu : What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak : Superman !!!

Cikgu : Bloody fool! Get out from this class

Budak : Ladies First



@Ceritalawakje.blogspot.com

18 May 2012

Matahari



Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"


@Ceritalawakje.blogspot.com

17 May 2012

Gila Telefon


Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..


@Ceritalawakje.blogspot.com

Dialog antara lembu dan ayam


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

@Ceritalawakje.blogspot.com

Binatang


"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim, buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan..." kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?" tanye kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!" tegas si gadis.
"Kalu i buaye, kenape u masih mendekati diri i???"
Dengan selambe si gadis menjawab" pasal I suke pade sume jenis binatang..."

@Ceritalawakje.blogspot.com

16 May 2012

Kelambu Pak Pandir


Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

@Ceritalawakje.blogspot.com  

15 May 2012

Siapa Mary bang


Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :)


@Ceritalawakje.blogspot.com

Terlepas Perhentian Bas



Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak. Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri. Kali ketiga bangun, lelaki muda itu itu menjerit,"kak, saya nak turun. Saya dah terlepas perhentian saya.

@Ceritalawakje.blogspot.com  

Pelukis


Seorang artis bertanyakan kepada pemilik galeri mengenai lukisannya yang sedang dipamerkan kalau-kalau ada orang yang berminat untuk membelinya.

Pemilik tu kata "Ada berita baik dan berita buruk"

"Berita baiknya ada seorang lelaki yang bertanyakan mengenai lukisan tersebut dan ingin tahu adakah lukisan-lukisan tersebut akan meningkat harga setelah kematian pelukisnya"

"Bila saya katakan ya, dia membeli kesemua 15 lukisan tu..."

"Wow! Baguslah kalau begitu" kata artis tersebut. "tapi apa pulak berita buruk tu?"

Dengan berhati-hati pemilik tu cakap "Orang yang membeli kesemua lukisan tu ialah doktor anda!"


@Ceritalawakje.blogspot.com  

Lelaki Vs Perempuan


Kajian Menarik terbaru..

Lelaki :
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita :
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

@Ceritalawakje.blogspot.com  

Cerita Lawak Cucu dan Nenek

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Cucu dan Nenek


Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!




Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

14 May 2012

Cerita Lawak Aku Abangnya

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Aku Abangnya


SUATU hari, Ali dan isterinya, Ani tersekat dari kesesakan jalan raya yang luar biasa. Cuaca yang panas buat hati Ali bertambah panas kerana mahu lekas pulang ke rumah.

Ali : Ape hal jalan sesak ini. Dah lama duduk dalam kereta. Tak gerak-gerak.
Ani : Sabarlah. Mungkin ada kemalangan atau kerja-kerjapembaikan jalan.
Ali : Dah dekat sejam. Mana boleh jadi ni. Aku kene buat sesuatu.

Tanpa memperdulikan nasihat Ani, Ali terus keluar dari kereta menuju tempat orang ramai berkumpul. Salah seorang daripada mereka memberitahu Ali tentang berlakunya satu kemalangan yang cukup tragis.

Ali : Tepi, tepi, Aku abang dia. Tepiiiii, aku abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!

Orang ramai memberi laluan kepada Ali tetapi apabila menghampiri kawasan kemalangan berkenaan, alangkah terkejutnya Ali. Matanya bulat bagai nak terkeluar apabila ia melihat keadaan 'adiknya' yang kemalangan itu...
Ali meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata : Oh! malu semalu-malunya aku kerana adik aku seekor monyet!!.




Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

13 May 2012

Pertandingan ratu cantik


Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.

"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak

"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh

"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "Err..dan yang ini pula,...Miss understanding"...

@Ceritalawakje.blogspot.com 

06 May 2012

SALAH TULIS NAMA


Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan 
Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor 
pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. 
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. 
Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man 
mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. 
Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul 
tulis," kata apek tersebut.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cerita Lawak Singh ke Perpustakaan

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Singh ke Perpustakaan


Singh merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Singh.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Singh.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"




Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Profesional Muda

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Profesional Muda


Seorang profesional muda sedang membuka pintu kereta BMW nya, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju melanggar pintu kereta itu hingga tercabut.

Profesional muda itu memaki hamun kereta yang laju tu dan meratapi kereta mewahnya yang rosak tanpa pintu.

"Tuan, lihat apa yang dilakukan orang gila tadi terhadap kereta saya!" katanya histeria kepada polis yang tiba di tempat kejadian.

"Kamu orang-orang kaya nie benar-benar materialistik, kamu semua membuatkan aku muak!" kata polis. "Kamu begitu bimbang pada BMW kamu, kamu tak sedar ke tangan kamu juga dah hilang sebelah?!"

"Ya Tuhaaaaaaaannn!!!!!" teriak profesional ketika ia melihat lengannya sudah tidak ada lagi.

"Mana jam Rolex-ku?!"





Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Matematik

Lawak Matematik


Ini kisah yang aku lalui ketika aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Kedaik. Hampir 99% daripada murid-murid di sekolah itu terdiri daripada orang Asli keturunan Jakun. Aku mengajar subjek matematik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Ketika aku mengajar Matematik untuk darjah 3, ada satu peristiwa yang buatkan aku rasa anak murid aku ini (namanya Roslan) setaraf dengan Plato atau Socrates. Macam ini dialog yang berlaku ketika pengajaran bagi topik "Operasi Tambah":

Aku : Okey, murid-murid. Kalau 2 + 2, jawapannya 4. Kalau 3 tambah 2, jawapannya 5.
Roslan : Cikgu, kenapa 2 + 2 jawapannya 4.
Aku : (Dalam hati) (Bagusnya budak ini. jarang sekali nak dengar pertanyaan daripada murid Asli). Macam ini, ada 2 biji bola ditambah lagi 2 biji bole. Okey, kesemuanya akan jadi 1 ... 2 ... 3 ... 4, jadi kesemuanya sekali ialah 4.
Roslan : Hah? Cikgu salah tu.
Aku : kenapa pulak salah?
Roslan : Cikgu, kalau cikgu nak membilang, tak semestinya bermula daripada 1 ... 2 ... 3 ... 4. Kalau kita nak membilang kita boleh mula daripada mana-mana aje.. Contohnya, boleh kita mulakan daripada 8 ... 3... 4... 2.. 9 ... 5...
Aku : Ops! Awaklah bakal Profesor kelak ...





Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, koleksi cerita lawak


Mayat


Suatu pagi di satu kelas darjah dua...

Cikgu: Hasan, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.




@Ceritalawakje.blogspot.com 

05 May 2012

Hospital


Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Pembantu Rumah

Al-kisah ada sorang pembantu rumah yang baru jer kena pecat oleh majikan cinanya. Pembantu rumah nie rasa tak puas hati sebab dia rasa dia nie pekerja yang taat dan rajin. Sebelum dia pergi, dengan sedihnya dia pun mengeluarkan wang RM5 dan memberinya kepada anjing majikannya. Majikannya berasa hairan lalu bertanya.

"Apa pasal lu bagi itu anjing duit? Dia mana tau pakai duit"
Pembantu rumah tu pun menjawab, "Dia bespren gue. Gue nggak mau lupa sama teman yang slalu nolongin gue buat kerja"

"Apa keje dia tolong?" soal majikan tu lagi.

"Dia nolongin gue bersihkan semua pinggan mangkuk. Jadi gue nggak perlu cuci"



@Ceritalawakje.blogspot.com 

Bos oh Bos


Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nampak boss dia (En Zek) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zek panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zek. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Zek.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zek angkat, setelah bercakap seketika, En Zek memberitahu Sepiah...

"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"



@Ceritalawakje.blogspot.com 

UJANG


Amer nih org Trengganu, manakala Wan ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Wan kat atas.. Amer kat bawah. Wan ni suker baca majalah dan komik.. si Amer lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Wan ader sedikit bengang ler kat Amer ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Amer dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Wan.

One day, Wan balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Amer ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Amer kat bawah dia bersuara..

" Wan.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Wan.

"Wann.. nok ujang tu" Amer tak putus asa.

" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Wan.

"Wan ! Nok ujang !! " Suara Amer sedikit keras.

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Wan dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Amer jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Wan kat ampaian pun basah kembali.


@Ceritalawakje.blogspot.com

English badly broken


Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu : Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu : Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

@Ceritalawakje.blogspot.com 

04 May 2012

Nenek Budin


Budin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Budin : Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Budin : Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Budin lagi mengingatkan)
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Budin : Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Budin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Budin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Budin : Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Budin : Nenek pegang kat mana?
Nenek : pagar rumah.
Budin : "$%^&(#....."

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Hari-hari mau



Ali sedang bersiar-siar dibandar. Tiba-tiba dia terpandang sahabatnya Abu, yang telah sekian lama tidak ditemuinya.

Ali : Dah 5 tahun kita tak jumpa.Apasal aku tengok engkau kurus sangat?

Abu : Mana tak nya..Isteri aku tu garang sangat. macam harimau

Abu : Eh aku tengok engkau pun kurus cam aku juga. Apasal?

Ali : Isteri aku tu lagi garang, hari hari mau !!

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Alkisah Tara


Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana : "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan : "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana : "Tara sapa"

Sultan : "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana : "Tara tau"

Sultan : "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Rumah?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Sign-Board?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana : " Hutan ada la, Lain suma tara..."

Sultan : "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...
@Ceritalawakje.blogspot.com 

Citer Sedih Pasal Mat Motor


Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki namanya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "Ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba-tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."Uihh nampaknye idup lagi budak ni.."Tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, maknanya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.



Moral of the story:
Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik
@Ceritalawakje.blogspot.com 

Kisah tentera Jepun dan tahanan


Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup. Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri. Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru jer kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "Banjir banjir". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas.

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu askal(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askal Jepun." Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire fire".

Apalagi, terus tamat ler riwayat Ah Beng.

@Ceritalawakje.blogspot.com 

03 May 2012

Konsep 'Kita'


Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami : La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami : Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri : Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami : Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri : %#@**^&%#@
@Ceritalawakje.blogspot.com 

Mentol


Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.

Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai, sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Penjual Daging


Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Bakar, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Bakar : "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual, tinggal daging jer..."

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Pak Pandir dan Kapal Terbang


Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".

@Ceritalawakje.blogspot.com 

02 May 2012

Keluarga Miskin


Di sebuah sekolah, seorang anak kepada seorang bintang filem terkenal diminta oleh gurunya menulis karangan tentang sebuah keluarga miskin. Beginilah karangan yang ditulisnya :

"Pada zaman dahulu kala ada sebuah keluarga miskin. Di mana ibunya miskin, ayahnya miskin, anak-anaknya miskin. Orang gajinya miskin, pemandunya miskin. Tukang kebunnya miskin, pengawal rumahnya miskin. Baby sitternya miskin. Semuanya miskin-miskin..."

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Surat dari Hospital Mental


Seorang pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan sampul tue pada seorang misi.

Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?"

Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?"

Pesakit : "Surat untuk saya lar..".

Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..."

Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".

Misi berlalu sambil geleng kepala.

@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...