26 June 2011

Filem Terbaru Steven Spielberg

Cerita Lawak Filem Terbaru Steven Spielberg


Seorang penerbit filem iaitu Steven Spielberg mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan. 

Penerbit(Spielberg): saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.

Pengarah(Micheal Bay): kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?

Penerbit(Speilberg): ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!


@Ceritalawakje.blogspot.com 

25 June 2011

Pencuri Dan Lembu



Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor  lembu  miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam(bukan nama sebenar).


Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?

Adam : betul tuan

Polis : Berapa ekor yang kau curi?

Adam :: Seekor saja, tuan

Polis : kamu tak tipu?

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor

Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga..?

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Posmen



Seorang posmen yang datang menghantar surat. 

Posmen: Assalamualaikum..!

Lelaki: Walaikumsalam ..

Posmen: Ni rumah encik encik Sameon ye? 

Lelaki: Ya saya 

Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni 

Lelaki: Buat susah aje encik nie..! Apasal tak pos aje...(dengan muka slumber).





by: Han          @Ceritalawakje.blogspot.com 

24 June 2011

Kunci Kereta




Suasana di  Kota London  semakin mendung . Roberto dan Ellisa keluar dari keretanya untuk membeli belah. Oleh kerana terlalu gembira, Robert tertinggal kunci kereta dalam keretanya. 

Menyedari kesilapannya Roberto berkata, 

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?” 

“Tak boleh,” jawab Ellisa. 

“Nanti orang fikir kita terlalu bodoh… sampai gunakan penyangkut baju.” sambungnya lagi. 

Kemudian Roberto pula berkata, 

“Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.” 

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.” bantah Ellisa. 

“Ellisa!” jerit Roberto tiba-tiba. 

“Kita mesti fikir cepat, macam mana nak ambil kunci tu. hujan dah nak turun ni… sunroof terbuka!!!”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

21 June 2011

Penjaga Muzium





Suatu hari, Tok Ali berkunjung ke Muzium Negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Usop yang sedang bertugas lalu bertanya, 



Usop: ada apa pakcik?

Tok Ali: Pakcik ni nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour ni? 

Dengan penuh yakin Jusop menjawab… 

Usop: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.

Tok Ali: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?

Usop: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.


heehe...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Enam Cawan


[Gambar Hiasan]


Suatu pagi seorang gadis membawa  termos  singgah di sebuah  Kedai Kopi  untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.


Gadis : "Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?”

Pelayan : “Saya rasa mungkin enam cawan.”

Gadis : “Baiklah…..Bagi saya dua cawan teh, tiga cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.

Pelayan : ?????


@Ceritalawakje.blogspot.com 

19 June 2011

Duit dulu...


ADA seorang pemandu teksi. Bertanya kepada seorang penumpangnya yang kelihatan seperti sudah berusia(separuh abad).
Meskipun begitu, badannya masih tegap dan masih kuat berdiri.


Pemandu Teksi : Pakcik hendak ke mana?

Penumpang : Pakcik hendak ke bukit (Senyum). Anak boleh hantar pakcik ke sana ke?

Pemandu Teksi : Bolehh...Tapi pakcik kene bayar duit dulu.

Penumpang : Apa.!! Duit dulu? Pakcik tak ada duil dulu. Tapi duit sekarang adalah...

Pemandu Teksi : &*(^%^


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Teknologi Malaysia Vs Amerika Vs Jepun



Pada sebuah Convention antara Menteri-menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sedunia di Putrajaya. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’ sambil berbual tentang kehebatan teknologi negara masing-masing.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 6 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 12 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 20 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?

Tukang gali : Tidak ada apa-apa

Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?

Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS.!



@Ceritalawakje.blogspot.com 

08 June 2011

OUR WORLD, THEIR WAR

Transformers 3 Dark of The Moon
Protect the world from the Decepticons
Sinopsis : Transformers 3 Dark of The Moon

Transformers 3 Dark of The Moon adalah sebuah filem sambungan daripada Transformers 2 Revenge of The Fallen yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Holywood. Mengesahkan Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa. 
Sekali lagi Michael Bay memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly. Filem Transformers 3 bakal ditayangkan kepada umum mulai 1 Julai 2011 nanti.

Autobots
Dengan adanya Sam Witwicky dan bantuan Autobots yang lain seperti Prime, Bumblebee, Rachet, Sideswipe, Mirage, Silverbolt, Ironhead dan lain-lain lagi.. Tentu Bumi dapat diselamatkan…!


Bumblebee



Transformers 3 Dark of The Moon @
Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com

06 June 2011

Kesalahan Kedua

Cerita Lawak Kesalahan Kedua

Suatu hari seorang pekerja menerima gaji lebih besar dari jumlah gajinya yang sepatutnya. Jumlahnya cukup besar dan dia merasa sayang untuk melaporkan dan mengembalikannya, jadi dia mendiamkannya saja. 
Bulan berikutnya, ia menerima gaji yang lebih kecil dari biasanya. Ia lalu memutuskan untuk memprotes kepada bos. 

Bos, mengapa gaji saya bulan ini kecil sekali?” 

Bagaimana kamu ini,bulan lalu gajimu dibayarkan lebih besar dari yang seharusnya kamu diam saja. Sekarang kamu protes.” 

Bingung, malu, dan tidak mau kalah bercampur jadi satu, dan si pekerja menjawab, “Bos, siapa saja boleh buat kesalahan,tapi saya tidak mau itu terjadi untuk kedua kalinya.”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Kisah Anak Ular Beracun


Seekor ular kecil bertanya kepada ibunya, 

Anak : "Ibu apakah kita ini ular yang beracun?

Ibu : "Oh tentu anakku. Jadi kalau ada yang mencoba mengganggumu, gigit saja maka pasti ia akan mati karena racun dalam bisa kita," jawab ibunya dengan yakin. 

Anak : "Oooops ....." sahut si ular kecil." 

Ibu : Kenapa, Nak ... kamu menggigit sesuatu??!!!" tanya ibunya. 

Anak : "Ah ... bagaimana kalau aku menggigit lidahku sendiri?"


????###????...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Rahsia Menangkap Ikan

Demikian adanya.Rahsia Menangkap Ikan Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Dua Puluh Sen


Tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu. 
Tok Imam: budak, mai sini sat. 
Budak: ye tok imam, naper ni? 
Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apo? 
Budak: mak tak bg. 
Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budaktu tadi. 
Tok imam: hang p bag kat mak ni 10 ringgit, suruh p beli seluar. budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah... kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td
Tok imam: awat tak pakai seluar? 
budak pompuan: mak tak bagi. 
Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat mak sruh beli seluar. ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... emak dier berfikirlah lagi..."klo budakkecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2, tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlati2 kat depan umah. tok imam aper lagi.... gelang ngan terhangguk terus. die pun panggil la mak budak itu. 
Tok imam: awat hang tak seluar? mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit...
Tok Imam: nah! amik dua posen ni, p beli gillete(Mate pencukur),cukuq bulu lebat tu.... hahahhahhahahhahha............. epas tu...mak tu pun blah la... 


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Air Dalam Besi Api Dalam Kaca


Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca 

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia.
Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkejut nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.
Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

05 June 2011

Tingkap Pecah


Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya. 
Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut”. Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda” Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang. 
Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Buku Tidak Bermutu


Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”
“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.
“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.
“Kenapa pula Cik?”
“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”
Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”...  :'p



@Ceritalawakje.blogspot.com 

Ungkapan Cinta


Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Dara: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."
Sila baca dari bawah ke atas.



@Ceritalawakje.blogspot.com 

Lelaki Malang


Suatu masa dulu di TEXAS, hidup seorang mamat yang bername Joni yang keghairahannye memakan kacang dalam tin. Tetapi problemnye, Joni selalu menghadapi masalah yang memalukan selepas memakan kacang dalam tin.perut memulas, sendawa adalah antara sintom yang selalu dialaminya selepas memakan makanan ini. Suatu hari joni telah bertemu perempuan idaman kalbunya Lili dan merancang untuk berkahwin. tapi di dalam hatinya telah berfikir bahawa dia harus berhenti daripada memakan makanan kegemarannya untuk mengelakkan keaiban diri. jadi nekadlah Joni untuk berhenti daripada memakan kacang dalam tin. 
Selang berape hari tibalah besdey Joni. Lili mahu membuat parti supris untuk Joni lalu menyuruhnye ke pekan untuk membeli susu lembu. Semasa dalam perjalanan pulang, kereta joni telah rosak dan dia pun menelepon Lili untuk memberitahu tentang keadaannya. Wah... apa lagi suka le Lili pasal ade banyak masa untuk prepare parti supris tu. So, berjalan lah Joni sejauh 10 batu untuk balik ke rumahnye...tibe2 setelah setengah jalan Joni terbau aroma kacang dalam tin datang daripada sebuah kafe di bahu jalan. Ape lagi berfikirlah Joni bahawa apa salah nye berenti sekejap untuk makan semangkuk due lagi pun masih jauh lagi nak menapak. Masuk la Joni dalam kafe dan tanpa berlengah telah mengOder 3 mangkuk kacang. Puasla hatinye, maka menapak la lagi joni selepas membedal 3 mangkuk kacang dan setelah sekian masa sampaila Joni di rumah.
Lili telah pun menunggu Joni di pintu untuk menyambutnya dengan suka ati sekali. Lalu menyuruh Joni menutup mata dengan secebis kain kerana adea supris untuknya. Dibawanya Joni ke dapur ..tiba-tiba telepon di ruang tamu telah berdering dan lalu Lili meninggalkan Joni sendirian dan sempat memesan Joni agar tidak membuka pembalut mata sebelum dia kembali.maka ikut la Joni dengan kata-kata Lili. Tiba-tiba perutnya memulas dan terasa hendak kentut. Lalu tanpa berlengah-lengah Joni pun melepaskan kentut yang amat busuk sambil mengangkat sebelah kakinya. Tak cukup dengan itu datang pula kentut no.2 dengan bau seperti bangkai lembu. Lalu Joni tanpa lengah-lengah mencabut bajunya dan mengibas-ngibas kan bajunya untuk mengudarakan oksigen dalam dapur itu. Tak lama selepas itu kembalilah Lili dari ruang tamu dan membuka pembalut mata Joni..sambil berkata suprise!!!!.. dan ketiks itu di depan Joni terduduk 12 orang tetamu sambil menutup hidung!

Alahai kesian Joni...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Sembahyang


Pada suatu hari Jumaat yang hening, Ahmat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Ahmat memberikan RM1 untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon, perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Ahmat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Ahmat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju Melayunya. 
Sesampainya di masjid, Ahmat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. Setelah masuk waktu, pak imam pon mengimamkan solat Jumaat berjemaah itu. Ahmat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Ahmat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... 
Ahmat: "jangan ambik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la, tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Ahmat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. 
*MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..




@Ceritalawakje.blogspot.com 

01 June 2011

Hilang Duit


Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit.

"Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!" @_@....


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Anjing Pintar


Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka. Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1 : “Anjing aku hebat betul. Setiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”

Perempuan 2 : “Ya, aku tahu tu.”

Perempuan 1 : (hairan) “Dari mana kau tahu?”

Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Pernikahan


Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke Majlis Perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata mereka. 
Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali...! Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cara Berchating

Bila ada user tanya kat room : "kau orang dengar tak aku on lagu?"
 jawab : "kau ingat aku pekak ka?

Bila ada yang tanya : "apesal room ni tak meriah eh?"
 jawab : "ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana" 

Bila ada yang tanya : "PC aku ni asik hang la, sape leh tolong aku?" 
 jawab : "kau campak je PC kau tu kat sungai"



@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cucu Dan Atok


"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk : "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv, main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu : "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk : "Tak sama apanyerr???"

Cucu : "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk : "?...?...?...?...?...?"  @_@'


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Diam Ketika Makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama:-

Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"

hahaaa.. :P

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Budak Kecil, Lelaki Tua, dan Cokelat


Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-9, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"


@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...