31 March 2012

Beratur awal di gedung jualan murah


Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut ... sehingga ada yang beratur seawal-awalnya...walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 9.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai...tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi..."Woi..tak nampak ke orang ha.." jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...
Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh...
setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan hadapan... tapi tetapi tidak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... "Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat jgk smpai kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaa..........Tokey kedai tue rupanye...
ehehehe..... kesian dia kan....

@Ceritalawakje.blogspot.com 

30 March 2012

Cerita Lawak Hantu Terkejut

Ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Hantu Terkejut

Sudutan daripada filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans ...

Amran : Semalam aku nampak hantu!

Kunyit : Uih! kau terkejut tak?

Amran : Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

Kunyit : Mana kau tahu?

Amran : Aku tengok muka dia pucat semacam jer....





Search: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, cerita lawak pecah perut, cerita lawak kampus, funny story, funny jokes, just for laughts, himpunan cerita lawak, senarai cerita lawak, cerita lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, funny jokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Tiru Meniru

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Tiru Meniru
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah : Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu : betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah : Ape buktinya?

Cikgu : nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman.

Ayah : Memanglah jawapan mereka sama. macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu : sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.

ayah Niam melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga : Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis : maaf, saya tak tahu

Naim menulis : kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!
@Ceritalawakje.blogspot.com 





Search: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, cerita lawak pecah perut, cerita lawak kampus, funny story, funny jokes, just for laughts, himpunan cerita lawak, senarai cerita lawak, cerita lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, funny jokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Si Penjual Telur

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Si Penjual Telur


Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.





Search: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Made In Japan




Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuhraya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba-tiba, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah, Agrometer(meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

27 March 2012

Sakit Jiwa


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Lawak LRT


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Mana benda yang "FREE" tu?

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli
barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-
barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan
membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil?
Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun
menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus
benda 'FREE' itu.

Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk
menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya. Dia terus meminta
dari jurujual.

Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran
mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si
suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi
tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek
kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa
Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Jangan terlalu yakin lepas buat pembedahan

Gambar hiasan

Samad baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Raju yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"


@Ceritalawakje.blogspot.com 

26 March 2012

Gadis Seksi


Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."

"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.

"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk
penumpang lain," pujuk ketua pramugari.

"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu Kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

"Apa Kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.

"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab Kapten.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Kencing Manis vs Kencing Masam


Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia
lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"

"Kecing manih. Lamo doh." Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, "Tu bakpo pulok?"

"Kecemase" (kecemasan)

"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."




@Ceritalawakje.blogspot.com 

Surat Putus Cinta (English Version)


Tipah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-


-------------------------------------------------------------------------------------------

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Tipah


-------------------------------------------------------------------------------------------


Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cerita Lawak Silap Nombor Punya Hal

ceritalawakje.blogspot.com
Lawak Silap Nombor Punya Hal


Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.


Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 1097600?
OG : Bukan, encik. Sini 1907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor






Cerita Lawak Silap Nombor Punya Hal
Ceritalawakje.blogspot.com 
Search related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak 'P' Mana?

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak 'P' Mana?



Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian, die pun balikla kampung, tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.. sewaktu dalam perjalanan, die ditahan polis....

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.

POLIS: Saya kate 'P' mane...?

PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis, tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.




Search related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Mana Lebih Munasabah

Kelate @ Utara..

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Perhatikan contoh ayat dibawah :

Bahasa Melayu standard:

"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada".

Bila diloghat Utarakan:

"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Bila diloghat Kelantankan:

"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok".

Kesimpulan: Tidak mungkin pipi emaknya tiada tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cerita Lawak 6 Minggu, 6 Bulan, 6 Tahun Lepas Kahwin

ceritalawakje.blogspot.com 
6 Minggu, 6 Bulan, 6 Tahun Lepas Kahwin


Dating process 
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Sebelum Tidur 
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet 
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS 
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Pulang Kerje 
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun) 
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon 
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan :
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan 
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru 
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday 
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV 
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..





Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

16 March 2012

Cerita Lawak 3 Sahabat Kemalangan

ceritalawakje.blogspot.com 
3 Sahabat Kemalangan

Tiga orang sahabat mati dalam sebuah kemalangan jalanraya dan pergi ke syurga untuk orientasi.


Mereka semua bertanya, “Saat kamu sudah mati, dan teman serta keluargamu berduka di sebelah mayatmu, kamu ingin mendengar apa yang mereka cakap?”


Orang pertama berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang doktor yang hebat dan juga seorang ketua keluarga yang baik.”


Orang kedua berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah suami dan guru yang baik yang memberikan impak positif yang besar bagi anak-anak di masa depan.”


Orang terakhir menjawab, “Aku ingin mendengar mereka berkata, “Lihat, ia bergerak!!!!







Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

03 March 2012

Cerita Lawak Mandi Lumpur

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Mandi Lumpur

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun.. minta maaf, kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi".

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."




Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Berenang

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Berenang
Gambar hiasan..

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?

“Salim berada di dalam air melatih kambing berenang”




Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Kembar

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Kembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation”, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”





Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...