28 July 2011

Nak Cite Pun Malas



Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat  pengumuman  hendak mencari seorang yang malas. 


Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, Apa tahap malas tuan hamba? Lalu jawab lelaki tersebut, Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”


Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba? Maka jawabnya, Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak? Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas...!”



@Ceritalawakje.blogspot.com 

09 July 2011

Murah


Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah  Bank  di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15,000 


“Encik….pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu. 

“Kereta    Rolls Royce   saya, ini kuncinya,” Kata Zul 

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta    Rolls Royce   berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul. 

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula. 

“Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50″ Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya. 

“Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?” kata eksekutif itu. 

Zul berpaling dan tersenyum. “Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu.” jawabnya.




bijak2.. @Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...