01 August 2016

Cerita Lawak Mencari Jalan Pulang

Lawak Mencari Jalan Pulang


Seorang lelaki mabuk keluar dari bar. Kerana mabuknya ia tidak mampu untuk memandu keretanya. Pemilik bar lalu memanggil teksi untuk menghantarkan lelaki itu pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan lelaki mabuk itu memberikan petunjuk dimana rumahnya berada. Mereka berputar-putar sekeliling kota, namun lelaki itu masih belum mampu menunjukkan arah ke rumahnya yang sebenar...

Namun, tiba-tiba lelaki mabuk itu nampak seperti sedar...

Ketika mereka melewati sebuah kawasan perniagaan besar, lelaki itu tersenyum dan menunjuk, "Ah, aku ingat! Itu adalah kedai pakaian dimana isteriku suka membeli baju."

Ketika mereka melewati sebuah pusat rekreasi.. ia berkata..
"Nah, itu adalah tempat aku dan isteriku biasa bersenam..."

Kemudian mereka tiba di sebuah kawasan perumahan elit. Lelaki itu menunjuk sambil berkata..
"Nah, inilah perumahan tempat aku dan keluargaku tinggal. Kita hampir sampai."

Tak lama kemudian mereka melewati sebuah rumah baru yang mewah dan besar..
Lelaki itu berteriak.. "Stop, itu adalah rumahku."

Ketika mereka mendekati rumah itu.. muncul sebuah kereta mewah memasuki halaman rumah itu. Dari dalam kereta itu keluar seorang wanita cantik nan seksi.

Lelaki itu berbisik..
"Lihat, itu adalah isteriku. Cantik bukan?"

Lalu dari dalam rumah itu keluar seorang lelaki tampan berbadan besar menyambut wanita itu dengan mesra. Melihat hal itu, lelaki mabuk itu terus berkata dan menunjuk..
"Dan... itulah aku!"



Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, kisah lucu, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...