30 July 2013

Tiada Wang

Cerita Lawak Tiada Wang


Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"



Cerita Lawak@ ceritalawakje.blogspot.com

05 July 2013

Lawak Suami Isteri

Cerita Lawak Suami Isteri


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada malamnya si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "



Cerita Lawak @ ceritalawakje.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...