23 November 2011

TELEFON


AH Pow beli telefon bimbit baru lalu menghantar SMS kepada semua rakan-rakannya berdasarkan senarai nombor telefon yang disimpan dalam kad memori SIM. Mesej Ah Paw berbunyi :

“Hello kawan-kawan. Harap Maklum yang nombor handphone saya dah ditukar. Dulu Nokia 3310 sekarang 6610.”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

20 November 2011

Kisah Interview Dengan Pengembala Kambing



Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri .



Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....



@Ceritalawakje.blogspot.com 

18 November 2011

Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

Sabun mana yang anda gunakan selama ini?

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?

Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

Minyak wangi?

Minyak Wangi Baba.

Shampoo?

Shampoo Baba.

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya
.”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

02 November 2011

Salah Naik Bas



Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenek memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."


@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...