08 June 2011

OUR WORLD, THEIR WAR

Transformers 3 Dark of The Moon
Protect the world from the Decepticons
Sinopsis : Transformers 3 Dark of The Moon

Transformers 3 Dark of The Moon adalah sebuah filem sambungan daripada Transformers 2 Revenge of The Fallen yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Holywood. Mengesahkan Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa. 
Sekali lagi Michael Bay memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly. Filem Transformers 3 bakal ditayangkan kepada umum mulai 1 Julai 2011 nanti.

Autobots
Dengan adanya Sam Witwicky dan bantuan Autobots yang lain seperti Prime, Bumblebee, Rachet, Sideswipe, Mirage, Silverbolt, Ironhead dan lain-lain lagi.. Tentu Bumi dapat diselamatkan…!


Bumblebee



Transformers 3 Dark of The Moon @
Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...