24 June 2011

Kunci Kereta




Suasana di  Kota London  semakin mendung . Roberto dan Ellisa keluar dari keretanya untuk membeli belah. Oleh kerana terlalu gembira, Robert tertinggal kunci kereta dalam keretanya. 

Menyedari kesilapannya Roberto berkata, 

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?” 

“Tak boleh,” jawab Ellisa. 

“Nanti orang fikir kita terlalu bodoh… sampai gunakan penyangkut baju.” sambungnya lagi. 

Kemudian Roberto pula berkata, 

“Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.” 

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.” bantah Ellisa. 

“Ellisa!” jerit Roberto tiba-tiba. 

“Kita mesti fikir cepat, macam mana nak ambil kunci tu. hujan dah nak turun ni… sunroof terbuka!!!”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...