06 February 2012

Cik Aina



Pada suatu pagi, Cik Aina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya Preve. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Aina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Aina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid : Baiklah , ibu!

Cik Aina : Kena tak ? Kena tak?

Farid : Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Aina : Kena tak ? Kena tak?

Farid : Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid : Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Aina : Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid : Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !


@Ceritalawakje.blogspot.com 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...