09 July 2011

Murah


Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah  Bank  di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15,000 


“Encik….pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu. 

“Kereta    Rolls Royce   saya, ini kuncinya,” Kata Zul 

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta    Rolls Royce   berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul. 

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula. 

“Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50″ Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya. 

“Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?” kata eksekutif itu. 

Zul berpaling dan tersenyum. “Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu.” jawabnya.




bijak2.. @Ceritalawakje.blogspot.com 

2 comments:

Yatt S. said...

orang-orang kaya memang selalunya bijak menjaga wang dari mengalir keluar ;)

Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
Bila Perempuan Dah Hilang Minat Pada Kau

HAFIZAL said...

trbaik......dan bijak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...