Lawak Komunikasi
Seorang Managing Director memberi arahan kepada General
Manager nya...
"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam
sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk
menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di
padang dengan berpakaian kemas..
Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan
kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin
saja."
Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada
Ketua Jabatan..
"Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam
sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak
boleh berkumpul di padang untuk
melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana
matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini
adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."
Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..
"Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita
akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi
dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan
hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap
hari."
Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi
kepada penyelia..
"Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak
boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan
gerhana pada jam sembilan pagi."
Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada
para pekerjanya..
"Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan
gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.
Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment