Lawak Pelupa
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton
TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas
air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM
VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya
tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan ?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan
krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti
pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim
vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan
kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah
kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan
tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."
Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment