Showing posts with label Teknologi Malaysia Vs Amerika Vs Jepun. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Malaysia Vs Amerika Vs Jepun. Show all posts

19 June 2011

Teknologi Malaysia Vs Amerika Vs Jepun



Pada sebuah Convention antara Menteri-menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sedunia di Putrajaya. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’ sambil berbual tentang kehebatan teknologi negara masing-masing.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 6 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 12 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 20 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?

Tukang gali : Tidak ada apa-apa

Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?

Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS.!



@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...