Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

10 July 2014

Dua Sahabat

Cerita Lawak Dua Sahabat

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan.
Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan
seraya berkata,
"Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"...

Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar
sandwich masing-masing...




01 June 2014

Tidak Ada Jerung

Cerita Lawak Tidak ada jerung


Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique, saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing apakah ada jerung di sungai tersebut.
Anak itu menjawab: "Tidak!"
Kemudian saya dan teman saya terjun ke sungai dan mulai berenang. Tapi saya kurang percaya, maka setelah beberapa menit saya kembali bertanya untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.
Ia menjawab: "Tidak ada jerung! Karana jerungnya takut dengan buaya yang ada di sini!!!"



Cerita Lawak Ceritalawakje.blogspot.com

01 April 2014

Kenapa Tak Ketawa

Cerita Lawak Kenapa Tak Ketawa


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya. 









Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com
Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, kisah lucu, koleksi cerita lawak

15 March 2014

Gear

Cerita Lawak Gear



Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin: ???????









Cerita Lawak@ ceritalawakje.blogspot.com
Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, kisah lucu, koleksi cerita lawak

24 February 2014

Rawatan Kecemasan

Cerita Lawak Rawatan Kecemasan


Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar... 

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!" 

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata. 

"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."



Cerita Lawak@ ceritalawakje.blogspot.com

03 January 2014

Email

Cerita Lawak Tersalah Email

Seorang lelaki yang sedang bercuti menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yg baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan....

Nak tau apa ditulisnya.....

"Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok...........Ah panas sekali di sini...."



Cerita Lawak @ ceritalawakje.blogspot.com 

01 December 2013

Perkara Jangan Dilakukan Ketika Memandu

Cerita Lawak 23 perkara jangan dilakukan ketika memandu...


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.



Cerita Lawak @ ceritalawakje.blogspot.com

14 November 2013

Orang Putih

Cerita Lawak Orang Putih


Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku.......Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikarang semua sudah setel.

Calon pun dah ada, golongan org berada katakan....lak tu dan most of all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila difikir2....... mimpikah aku..... macam tak caya aje.....dah jadi macam cerita Cinderella pulak.....Aku nie bukanlah jelita sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku....Agaknya org putih tu ingat aku ni Negro kot.......macam Janet Jackson ke, Whitney Houston ke.......Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yg beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yg cari....katanya berkat. Yang penting amaaaan sepanjang masa.......

"Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yg aku tanyakan kat mak.

Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak?

"Jangan takutlah, tanggung beres...."

Betulke mak aku ni........Naik pening kepala batu aku ni....... Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orgnya dah berumur sikit....duda, sebab bininyer meninggal...tak tahu apa sebabnya.......Tapi agak akukan, dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak ade.......lagi power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'Adik' pulak, kan?

Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam rumahtangga.... aiseyman, berfalsampah lak aku ni......Setakat ader sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat ape, yg menganggur bersepah2........

Banyak org tanya, "kau suka ke,mak kau kahwinkan kau dgn mat salleh?"

Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium! pipi mak aku pasal kawinkan aku dgn org putih....... Alamak! macam drama sabun lah (soap opera lah, cakap org putih)......

Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles bila dia owg tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia owg nak psycho aku yg bukan-bukan..........

"nanti org putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu."

Tapi aku buat dak saje......

"Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles....jgn nak cari alasan....." kau org tu, sampai bila nak jadi andartu....."

Itu jugak jawapan aku bila dah geram........ Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah org cakap mulut dia mulut laser.........Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia org.......Blah lah sama korang.......!!!

"Semua dah sedia?...... Saksi sedia?........Pengantin lelaki sedia?.....

Baik mari kita mulakan sekarang.......... MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN....AKU NIKAHKAN DIKAU DGN SAODAH BINTE SANORPAN DGN MASKAHWINNYA.....

Tiba-tiba, suara pak imam sayup2 dari pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut.......

"Fengantin Fomfuan fengshan, nikah ni kira syah ke......syemmana nie?" terdengar akan suara suamiku yg keluar dari mulutnya yg dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yg terbongkok-bongkok..... jalan pun kena pakai tongkat.........

Alamak! tak sanggup aku nak nengok muka minah2 empat ekor tu yg terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku........

TIDAAAAAAAKKKKKKKKKKKK........



Cerita Lawak@ ceritalawakje.blogspot.com

18 October 2013

Harta Tujuh Keturunan

Cerita Lawak Harta Tujuh Keturunan

          

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu : "Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".

Anak : "Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu : (tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".




Cerita Lawak@ Ceritalawakje.blogspot.com

16 September 2013

Soalan Yang Kerap di Tanya

Cerita Lawak FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )

* Anda berader di Bus Stop dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".



Cerita Lawak@ ceritalawakje.blogspot.com

18 August 2013

Bila Besar Nanti

Cerita Lawak Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".




Cerita Lawak @ Ceritalawakje.blogspot.com

30 July 2013

Tiada Wang

Cerita Lawak Tiada Wang


Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"



Cerita Lawak@ ceritalawakje.blogspot.com

05 July 2013

Lawak Suami Isteri

Cerita Lawak Suami Isteri


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada malamnya si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "



Cerita Lawak @ ceritalawakje.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...