28 February 2012

Beli Rolls Royce


Setelah menyimpan wang selama 20 tahun, Hakimi ke bilik pameran  Rolls Royce  untuk membeli keta idamannya...Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak RM10 lagik..

"Tunggu Jap," kata Hakimi kepada jurujual

Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia... Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper...

"Encik! Tolong pinjamkan saya RM10. Saya nak beli keta Rolls Royce," kata Hakimi kat mamat tu.

Mamat tu tengok Hakimi atas bawah..pastu atas balik... dia pun kata.....

"Nah! Amik RM20 ni. Saya pun nak satu!" kata mamat tu selamba.......

@Ceritalawakje.blogspot.com 

27 February 2012

Polis dan Perompak

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!
Perompak: ok...ok...
Polis: Angkat tangan!!!!!
Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat?tangan
Polis: @#$%&!*(bengang)


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Buah Mangga


Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM6!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM4 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Dua kualiti dalam bidang perubatan


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!


@Ceritalawakje.blogspot.com 

25 February 2012

Reasons why I never visit my rich friend


Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : "What would you like to have..Fruit juice, Soda, Tea,
Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bush tea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "
Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"
Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "
Question: "Goat's milk, or cow's milk"
Answer: "With cow's milk please.
Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I'll just take it black. "
Question: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I'll just die of thirst"



p/s: Mantop English anda !!     @Ceritalawakje.blogspot.com 

Termos air


Seorang yang agak dungu telah memenangi satu cabutan bertuah semasa mengikuti hari keluarga syarikat tempatnya bekerja. Dia telah memenangi hadiah sebuah termos. Walaubagaimanapun dia tidak mengetahui apakah benda itu dan bagaimana menggunakannya. Dia pun bertanya kepada rakan di sebelahnya. Apakah benda ini dan apakah gunanya benda ini?. Rakannya menjawab, "Itu adalah termos. Ia menyebabkan benda panas kekal panas dan benda sejuk kekal sejuk".

Dia ke tempat kerja keesokan harinya. Semasa di pejabat, dia berselisih dengan bosnya. Bosnya bertanya apakah yang dimenanginya semalam. "Termos!", jawabnya pantas. "Ia membuatkan benda panas kekal panas dan benda sejuk kekal sejuk", sambungnya lagi dengan penuh yakin. Bosnya kemudian bertanya, "Apa yang kau isikan dalam termos itu?". "Ohh, saya isikannya dengan kopi panas dan aiskrim", jawabnya dengan penuh bangga.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

17 February 2012

“One switch at a time”. What does it mean?

Support Earth hour..! 

“One switch at a time”. What does it mean?: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!

12 February 2012

Siapa Jumpa Amerika Utara?




Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.

Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia
yang tergantung kat hadapan kelas!

Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?

Kelas: Sin Chan Cikgu !!!


@Ceritalawakje.blogspot.com 

10 February 2012

Mengapa awak cintakan saya?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..


@Ceritalawakje.blogspot.com 

06 February 2012

Cik Aina



Pada suatu pagi, Cik Aina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya Preve. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Aina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Aina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid : Baiklah , ibu!

Cik Aina : Kena tak ? Kena tak?

Farid : Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Aina : Kena tak ? Kena tak?

Farid : Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid : Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Aina : Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid : Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !


@Ceritalawakje.blogspot.com 

05 February 2012

Program Kilat




Dollah adalah seorang yang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya, dia pun berbincang dengan temannya Badrul.

Badrul : Apakah usaha yang telah kau lakukan?

Dollah : Aku sudah beli buku mengenai Program kilat meningkatkan daya ingat yang ditulis oleh seorang profesor terkenal.

Badrul : Hasilnya?

Dollah : Sama saja

Badrul : Teorinya gagal?

Dollah : Bukan begitu...Aku lupa dimana aku simpan buku itu....

Badrul : Patut la gagal !! #$%$#$^


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Bapak Buat Silap Mata


Sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."




@Ceritalawakje.blogspot.com 

04 February 2012

Resume Ah Mei




Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: Nokia X7
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Saya Tak Mau Mati


Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".


@Ceritalawakje.blogspot.com 

02 February 2012

Karipap 3 Seringgit



Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.
RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.
Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.
mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1
Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar
Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...