28 January 2012

Nama Ibu Kota Negara


Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Tingtong, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibu kota negara.

Cikgu : "Zara, cuba sebutkan ibukota Britain?"

Zara : "London, Cikgu!"

Cikgu : "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

Apis : "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

Cikgu : "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

Lola : "Lima, Cikgu!"

Cikgu : "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

Lola : @?@$#!


@Ceritalawakje.blogspot.com 

27 January 2012

Mamat Jepun dan pemandu teksi



Pada satu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong Jepun yang baru melawat Kuala Lumpur buat pertama kali. Pemandu itu membawa mamat Jepun itu ke seluruh Kuala Lumpur.

Tiba di Midvalley Megamall, mamat Jepun itu bertanya "Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan bangunan ini?" pemandu itu menjawab, "2 tahun" mamat Jepun itu pun berkata dengan sombong, "Kalau di Jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam masa 9 bulan sahaja".

Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat jepun itu ke tempat lain pula. Tiba di di KL Sentral, mamat jepun itu bertanya lagi, "Berapa lama pula tempat ini disiapkan??" pemandu itu pun menjawab "11 bulan sahaja(cuba menipu)" mamat Jepun itu pun berkata "Kalau di Jepun, tempat ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja..". Pemandu teksi yang geram dengan mamat Jepun yang angkuh itu memandu ke KLCC, dan sekali lagi mamat jepun itu bertanya "Bagaimana pula dengan bangunan ini..?" pemandu itu buat buat terkejut dan berkata, "Eh, eh semalam tak ada pun bangunan ni, bila pulak dibina... ?"


@Ceritalawakje.blogspot.com 

26 January 2012

Mimpi Seorang Isteri


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam 

Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine
ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”
.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab
suaminya sambil membisik manja.
Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: 'Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya'.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

25 January 2012

Formula Air


Guru : Apakah formula untuk air?

Sin Chan : "HIJKLMNO"!!

Guru : Apa yang awak cakap tu?

Sin Chan : Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


@Ceritalawakje.blogspot.com 

20 January 2012

Abang aku selalu buat



Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki kereta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
Setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn takut.. abang aku selalu buat"

Selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET..........t".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."


@Ceritalawakje.blogspot.com 

05 January 2012

Kerja Bila Besar Nanti


Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?

Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..

Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!

Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??

Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..


@Ceritalawakje.blogspot.com 

04 January 2012

Cara jawab telefon yang betul


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)


@Ceritalawakje.blogspot.com 

03 January 2012

Cerita Lawak Cermin Mata

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Cermin Mata


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:  "Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.





Search related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, Funnyjokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

02 January 2012

Hujan


CIKGU: Arip, kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu......

CIKGU: Semalam, kenapa awak tak hadir??

ARRIP : Hujan, cikgu......

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: @#%#@&%#@$


@Ceritalawakje.blogspot.com 

01 January 2012

Punca Kematian


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda 'Peace'…




@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...